Wednesday, 5 October 2016

Usaha-usaha mengatasi keracunan makanan

   Sejak akhir-akhir ini,keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah dan di restoran tetapi juga di rumah apabila makanan dicemari kuman.Ghalibnya, seseorang yang keracunan makanan akan cirit-birit dan akhirnya dihantar ke hospital.Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah keracunan makanan agar kesihatan masyarakat terjamin.
   Antara usaha-usaha adalah dengan memastikan keselamatan makanan.Makanan yang selamat dimakan mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan. Dalam konteks ini, kita hendaklah memasak makanan yang hendak dimasak dengan sempurna.Tamsilannya, buah-buahan dan sayur-sayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan.Dengan ini, kita dapat memastikan makanan tersebut  bebas daripada kuman dan racun serangga. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kebersihan makanan dapat dielakkan keracunan makanan,bak kata peribahasa,"kebersihan asas kesihatan". 
   Disamping itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan.Ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak mereka makan di kedai ataupun di warung yang kotor di tepi jalan raya. Hal ini demikian kerana, kita tidak pasti akan tahap kebersihan makanan di situ terdedah kepada persekitaran yang tercemar.Jika anak-anak termakan makanan yang tercemar,mereka mungkin keracunan makanan

仅供参考

No comments:

Post a Comment